Search:

battlebots robot combat build robot fighting robots robot weapons robot competition robot wars robot rumble



Umno Buat Hal Dengan Istana | Terengganu | Battle Royale

Robot Building and Competition Videos
Robot Building and Competition Videos Robot Building and Competition Videos
Robot Building and Competition Videos

Lihat, Baca & Fikir sendiri: http://tinyurl.com/ywdqcr http://tinyurl.com/2dmwcu http://tinyurl.com/28k6rg http://tinyurl.com/ysq42z http://tinyurl.com/25mz9n http://tinyurl.com/3dqb6k http://tinyurl.com/2lrysx http://tinyurl.com/38nzl6TEREN... 25 Mac (tvpas)- Entah apa silapnya, Terengganu terus dihujani kemelut yang masih belum menemui noktah akhirnya walaupun hampir 15 hari pilihanraya umum ke-12 melabuhkan tirainya. Walaupun dapat membentuk kerajaan negeri dengan kemenangan di 24 kerusi DUN, Kini keegoan UMNO yang kononnya menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu mula tercabar apabila pihak Istana Terengganu tidak memperkenankan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar.Inilah dilemma yang terpaksa dilalui UMNO Terengganu.Realitinya, krisis ini bermula pada 10 Mac lalu apabila Istana Terengganu mengumumkan penagguhan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar.Seterusnya, 12 Mac, desas desus penolakan terhadap menteri besar terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh mula timbul apabila 3 nama disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan itu. Mereka ialah Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu merangkap ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera dan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said.15 Mac 2008, satu pertemuan yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel di Putrajaya antara Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dengan 24 ADUN UMNO-BN dibatalkan 2 jam sebelum dijadualkan berlangsung, sebelum itu juga Dato Seri Idris Jusoh mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan berkenaan.Sebaliknya, ADUN-ADUN berkenaan bertindak untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu.4 hari selepas itu (19Mac 2008), Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dilarang menjalankan fungsi Sultan Terengganu kecuali sebagai ketua agama Islam, berdasarkan perlembagaan Negara.Namun segala kemelut terjawab apabila Pejabat Sultan Terengganu melalui MPPR dengan perkenan Sultan Terengganu, akhirnya menamakan Datuk Ahmad Said, ADUN Kijal sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada 22 Mac 2008. Ini sama sekali menyanggah watikah lantikan Menteri Besar Terengganu yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Datuk Seri Idris Jusoh.Untuk rekod, mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2) raja negeri diberi kuasa untuk melantik Menteri Besar atas dasar budi bicara baginda.Disinilah bermulanya kebangkitan ADUN UMNO-BN menyanggah keputusan berkenaan apabila 22 wakil BN bertindak memulau majlis angkat sumpah Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada keesokan harinya.Malah, Setiausaha Agung UMNO yang baru dilantik, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pula bertindak memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan berkenaan atau menerima tindakan digugurkan dari Barisan Nasional kerana engkar arahan presiden parti.Tetapi itu tidak menghalang Datuk Ahmad Said menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada MPPR yang diserahkan oleh Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu, Kuala Terengganu pada 23 Mac lalu.Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyerahkan memorandum bantahan pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar. kepada Setiausaha Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Shafie Ali di Istana Tetamu jam 7.50 pagi.Malam berkenaan, Rosol serta ADUN BN yang lain ke Kuala Lumpur bertemu Perdana Menteri dan mengadakan sidang media. Sekali lagi, kesemua 23 ADUN Terengganu mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar.Dalam kenyataan berasingan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jaga sependapat dengan peguam Negara dengan menyifatkan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar adalah tidak mengikut perlembagaan.Negara kini tertumpu kepada perbalahan antara Istana dan ADUN Terengganu yang dilihat kian berliku. http://www.tvpas.com**********... rakyat Terengganu menjunjung titah Tuanku & akan sentiasa berada di belakang Tuanku,batugiling

Channel: News & Politics
Uploaded: March 25, 2008 at 6:33 am
Author: batugiling

Length: 07:19
Rating: 4.55
Views: 9719

Tags: agong  ba  biadap  bn  br  dap  derhaka  mizan  pas  pkr  sultan  terengganu  tvpas  umno  

Video Url:


Embed Code:

Video Comments

UMNO2025 (April 9, 2008 at 3:52 am)
Kalau tenggok filem Bujang Lapok anda boleh tenggok lakonan P.Ramlee yg mengatakan UMNO dalam ejaan jawi sebagai "SARKAS".Pemimpin UMNO di terengganu hanya utk cari harta dan career pencen sahaja.Cari Harta:1.Mat Said2.Idris3.Wan Farid4.Wan HishamCareer Pencen:1.Mat Tera.
herbalmate (April 7, 2008 at 4:52 pm)
UMNO and Malay politics destroyed the Melaka Sultanate. Now, trying to interfere with the Sultan of Terengganu, like it did many years ago.
UMNO2025 (April 4, 2008 at 7:05 am)
taklanggatepiklait, kau dapat melihat keadaan.Kau memang pandai.Macam mana bila bila ada issue tiba tiba sahaja issue rasuah di kijal dan bandar cukai itu ada. Kenapa sebelum issue itu BPR tak dedahkan. Ini macam kanak kanak bergaduh, bila benggang mula tuduh orag lain.Inilah senjata nak menakutkan mat said oleh deris dan pak lah. BPR sebenar nampak macam alat pemerintah sahaja dan telus buat kerja.
taklanggatepiklait (April 3, 2008 at 7:35 pm)
PM pun sbg pemimpin tak mampu & bijaksana nak nasihatkan 23 ADUN tu.Persepsi rakyat isu sebenar its antara Paklah dgn sultan-sultan..tu sbb pilihan PM tak dipersetujui.Liat nak lepas jawatan sbb nak coverline masing-masing..lagi rakyat berminat nak korek..corect..corect gitu.
luckyiqa130 (April 3, 2008 at 10:44 am)
yg aku plik nih nape nk sgt idris?ade ape dgn beliao? even paklah berani menentang keputusan istana? haihh biadap! tanak mnx mahap lnsung.
berethoride (April 2, 2008 at 8:09 pm)
Kalau ADUN 23 org tu buat hal lagi or make it diffcult for the new Mb to perform,rakyat cadangkan PakLah angkut saja kesemua 23 ni jadi Menteri diJabatan Perdana Menteri.
puting1 (April 1, 2008 at 10:53 am)
UMNO terengganu tak pernoh pandai..bodoh belakaTukor jee ... apa nok takut...tukor gilir sampai hok molek kita dapat.
puting1 (April 1, 2008 at 10:38 am)
Para UMNO terengganu adalah group UMNO yg lemah.Tak ada kepimpinan tinggi
TahreerOccupier (April 1, 2008 at 10:37 am)
Hakikatnya, Mizan bukan Melayu. Sebenarnya, dia adalah keturunan pendatang dari Hadhramaut, Yemen - Yemen, sebuah negara yang lebih jauh berbanding dengan Negara China!
TahreerOccupier (April 1, 2008 at 10:30 am)
Thank God, we found another basis of mutual agreement. Why are turning to RACIAL politics when ISLAM has clearly outlined everything/Let us all not forget (especially the Malays), that one of the greatest name is Islamic History, Salah Ed-Dine El-Ayyoubi, was an Arabic speaking ethnic Kurd - someone all Arabs elevate as leader against the Crusades/Why can't you Malays get over the Bangsa and focus on Agama?!?!


Robot Building and Competition Videos © 2008 Logan Bot All Rights Reserved.